HSSB adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputra serta beroperasi sebagai syarikat
kejuruteraan sivil dan kejuruteraan awam.
HSSB diuruskan oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman serta mempunyai kemahiran dalam
bidang yang diceburi. Terutama bahagian kontraktor kejuruteraan awam termasuk penghantar,
pengedar dan penambakan.
HSSB menjalankan aktiviti perniagaan sebagai sebuah syarikat yang mempunyai konsesi pasir di
kawasan Pengerang dalam Negeri Johor.
HSSB juga mempunyai pelanggan yang berpotensi serta bersedia untuk menjalankan
tanggungjawab yang jitu sekiranya diberi mandat untuk melaksanakan tugas dan projek.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, HSSB amat bersedia untuk berkerjasama dan berkemampuan
mengalas tenggungjawab untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dimasa akan datang.
HSSB adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad dan telah ditubuhkan sejak 04 Jun 2014 di Kuala
Lumpur serta menjalankan perniagaan sebagai syarikat kontraktor kerja dan kejuruteraan awam.
HSSB bagi kerja-kerja penambakan serta pembekalan pasir, syarikat ini telah mendapat lesen
konsesi pasir di Negeri Johor dan tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 4,
Akta Pelantar Benua 1966 (Disemak 1972) dikawasan Luar Perairan Negeri Johor.
HSSB mempunyai kapisiti jentera dan pengangkutan yang mencukupi serta boleh beroperasi pada
bila-bila masa jika diperlukan.
1.0 PENDAHULUAN
Tujan cadangan pembangunan - Tujuan utama pembangunan melombong pasir dasar laut adalah
bertujuan untuk mendapatkan pasir dari dasar laut untuk kegunaan pembangunan mampan negara
kita. Ini adalah kerana pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan. Melombong pasir
akan memberikan keuntungkan dan menjamin pulangan yang baik seterusnya memberi impak positif
dari aspek sosio ekonomi penduduk tempatan;
Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit
dan jalan raya. Pasir juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah ;
Memastikan pasir mencukupi untuk kegunaan pembangunan dalam dan luar negara dan
meningkatkan tahap penghasilan produk berasaskan pasir di kawasan terbabit.
2.0 LATAR BELAKANG
Pengenalan kepada cadangan - Cadangan Projek Melombong Pasir Dasar Laut di Kawasan Luar
Perairan Negeri Johor oleh Hasrat Sejagat Sdn. Bhd. adalah sebuah projek seluas 432.6 hektar
(4.326 km persegi) ber-coordinate A: 01°33’59.99’’U 104°19’34.85’’T, B:01°34’00.00’’U
104°20’30.00’’T, C :01°31’59.15’’U 104°20’30.00’’T, D:01°31’59.40U 104°20’09.97T. Lokasi projek di
Lampiran 2;

Terletak di kawasan luar perairan Negeri Johor yang terletak 9 kilometer ke laut dari Tanjung
Penawar;

Sistem melombong pasir secara umum diterangkan di dalam Lampiran 4 dan maklumat yang lebih
tepat dan lengkap akan ditentukan semasa peringkat reka bentuk terperinci oleh jurutera-jurutera
yang bertanggungjawab berdasarkan cadangan-cadagan kaedah terbaik yang boleh digunakan
berdasarkan isu dan halangan yang mungkin memberi kesan kepada tapak projek; dan
Pihak yang bertanggungjawab memulakan projek ini adalah Hasrat Sejagat Sdn. Bhd. pada April
2014.
3.0 PERIHALTANAH
Pemilikan tanah – Tapak projek adalah merupakan kawasan luar perairan Negeri Johor. Kelulusan
dari pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor telah diperolehi dan tempoh pembangunan
adalah selama lebih kurang 2 tahun sahaja.
Lokasi dan Persekitaran
Konteks wilayah tapak cadangan - Berdasarkan peta jarak (Lampiran 5), kawasan yang terdekat
dengan lokasi projek adalah 17km dari tapak ke Tanjung Penyusop, 4.7km dari tapak ke Desaru,
5.4km dari tapak ke Tanjung Balau, 70km dari tapak ke Pulau Sibu dan 100km ke Pulau Tioman;
Pentadbiran kawasan cadangan - Kawasan cadangan tapak projek adalah berada di bawah
pentadbiran Negeri Johor dan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Bahagian Pengurusan
Lembaga Sungai dan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk sebarang
perubahan berkenaan projek ini. (Kelulusan Laporan Kajian Hydraulic Bagi Permohonan
Mendapatkan Lesen Melombong Pasir Dasar Laut di Bawah Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966
P.U 2009 Di Kawasan Luar Perairan Negeri Johor Oleh Hasrat Sejagat Sdn. Bhd yang bertarikh 25
April 2014, (B) dlm. PPS 14/7/J/71) (Lampiran 8)
Hakmilik Tanah.
Pemilikan tanah yang terlibat dan jenis kegunaan – Perairan luar di kawasan yang terlibat dengan
tapak projek adalah milik kerajaan Negeri Johor.
4.0 ANALISIS KEADAAN SEMASA
KeadaanTapak
Topografi – kawasan melombong pasir adalah terletak di dasar laut berdasarkan laporan kajian
hidraulik purata kedalaman di lokasi tapak projek adalah di antara 13m hingga 18m di bawah Chart
Datum (CD);
Kawasan tapak projek boleh dikategorikan kepada zon A pantai kerana terletak dalam lingkungan 3
batu Nautika dari pantai;

Projek terletak lebih dari 5.4 km dari kawasan nelayan yang terdekat iaitu Tanjung Balau; dan
Kemudahsampaian dan aksesibiliti – Laluan pelayaran bagi kapal pengorek dari tapak lombong ke
tapak penambakkan di Pengerang berkoordinate ( N 1°,21’35’’, E 104°14’38’’)
Lokasi tapak projek adalah amat sesuai untuk projek pelombongan pasir dasar laut seperti yang
dicadangkan. Ia telah memenuhi kriteria kejuruteraan yang telah ditetap seperti keadaaan topografi,
hidrologi, dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi.
Faktor utama yang menjadikan tapak projek ini adalah lokasi yang terbaik adalah kerana ia
mempunyai profil pasir yang sesuai.
Gunatanah - Guna tanah kawasan sekitar kawasan tapak projek adalah kawasan kawasan
penempatan, kawasan peranginan pinggir pantai (Pantai Desaru).
Keadaan sedia ada tapak - Tapak projek adalah terletak di dalam kawasan perairan laut China
Selatan yang merupakan laluan utama kapal-kapal kargo dan kapal laut untuk merentas ke Selat
Singapura.
Bayaran kepada HSSB untuk Profit Sharing / Perkongsian Keuntungan tidak dikembalikan manakala
kos permulaan dan kos pengurusan akan dikembalikan kepada rakan kongsi Pro Bumimas Sdn Bhd
setelah memperoleh bayaran daripada jualan.
Sebahagian jentera yang akan digunakan. (Gambar)


